PERMAINAN ini memerlukan komunikasi antara rakan kerana 'friendly fire' dihidupkan.
PERMAINAN ini memerlukan komunikasi antara rakan kerana 'friendly fire' dihidupkan.
Muhammad Saufi Hassan


Menyeronokkan, kelam-kabut dan 'friendly fire' yang menghiburkan. Itu tiga frasa yang boleh disimpulkan untuk permainan berjudul Helldivers 2.

Permainan itu memberikan dimensi baharu dalam genre 'Player VS Enemy' atau PVE yang selama ini kurang dihiraukan oleh pembangun permainan lain.

Pembangun permainan lain banyak memberi fokus kepada konsep permainan kompetatif iaitu 'Player VS Player' PVP dengan perlawanan membabitkan pemain lain.

Namun, segmen PVE ini kurang untuk diberikan perhatian khusus dan Helldivers 2 memenuhi kelompongan berkenaan.

Pujian juga perlu diberikan kepada pembangun permainan ini yang meneruskan kandungan lanjutannya dengan pengenalan beberapa musuh baharu untuk memberikan tahap kesukaran yang lebih dinamik.

Kefungsian 'friendly fire' juga menyeronokkan iaitu pemain A boleh membunuh pemain B dengan tembakan tidak sengaja, rantaian serangan udara dan sebagainya.

PEMBANGUN Helldivers 2 meneruskan kandungan lanjutan dengan pengenalan perkakas persenjataan baharu.
PEMBANGUN Helldivers 2 meneruskan kandungan lanjutan dengan pengenalan perkakas persenjataan baharu.

Pemain tidak hanya boleh 'mati' akibat diserang musuh, tetapi boleh kehilangan nyawa dengan tembakan rakan sendiri dan untuk itu, komunikasi dalam permainan adalah penting.

Setakat ini, musuh dalam permainan berkenaan terdiri daripada dua iaitu Automaton, bangsa robot pemusnah dan Terminid, kloni serangga yang ganas.

Wujud dakwaan bahawa pembangun permainan itu akan memperkenalkan musuh baharu daripada bangsa makhluk asing tidak lama lagi.

Penulis sudah menghabiskan kira-kira 20 jam permainan untuk judul ini dan ia satu permainan yang sangat mengutamakan strategi antara rakan pemain yang lain khususnya untuk membawa persenjataan yang sesuai dengan musuh dan tahap kesukaran.

Mesingan tidak semestinya sesuai untuk semua musuh, sebaliknya perlu ada pemain yang membawa senjata sokongan untuk musuh 'berat' yang memiliki pelindung yang tidak boleh ditembusi mesingan berkenaan.

Permainan terbitan Sony Interactive Entertainment (SIE) ini begitu cepat menjadi 'hype' dalam komuniti permainan dunia dan penulis boleh katakan ia adalah permainan yang sangat seronok, berbaloi dan keunikan tersendiri.

Awal permainan, pemain tidak mempunyai banyak pilihan daripada persenjataan, bantuan serangan udara dan sebagainya, namun selepas beberapa jam bermain, pemain boleh mula membeli senjata dan bantuan serangan yang diinginkan.

Penulis menasihatkan jika bermain secara berkumpulan, pastinya strategi persenjataan diambil kira sebagai fokus utama kerana setiap pemain boleh membantu pemain lain dengan senjata yang sesuai.

Jika bermain seorang diri atau 'solo mode,' kaedah permainan paling baik adalah bermain dengan bijak serta menggunakan konsep 'serang dan lari' memandangkan jumlah kumpulan makhluk asing atau robot adalah berganda lebih banyak.

Pada setiap misi yang berjaya, pemain akan diberikan 'wang' untuk dibelanjakan bagi membeli persenjataan baharu, kaedah terbaik adalah memberikan fokus kepada senjata utama pemain dan serangan bantuan seperti 'orbital strike'.

Ia sangat membantu pemain untuk berasakan seronok sepanjang permainan dan tidak mudah 'dibuli' oleh makhluk asing yang ganas serta 'lapar' berkenaan.

Selain itu, strategi permainan yang baik adalah kerap kali menukar senjata mengikut musuh dan tidak hanya bergantung kepada satu senjata kerana ia merugikan peluru dan memerlukan bantuan 'loadout drop' jika kehabisan peluru.

Strategi permainan yang baik untuk permainan ini adalah membeli bantuan seperti sentri mortar dan sentri 'gattling canon' khusus untuk sokongan kuasa tembak sementara menunggu 'extraction.'

Pemain perlu diingatkan bahawa permainan ini mempunyai 'friendly fire' iaitu tembakan rakan mampu mencederakan pemain lain, oleh itu, perlu bijak memilih kawasan untuk menembak serta tidak berada di depan pemain lain.

Secara keseluruhannya, penulis sangat menyukai konsep serta mekanik permainan ini yang tidak linear, bentuk permainan boleh berubah mengikut 'loadout' pemain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2024 @ 6:11 AM