BERBEZA dengan WhatsApp, aplikasi itu memerlukan penyeragaman dengan nombor telefon, pengguna yang tidak dikenali akan dipaparkan nombor telefon mereka, tetapi tidak untuk Telegram.
BERBEZA dengan WhatsApp, aplikasi itu memerlukan penyeragaman dengan nombor telefon, pengguna yang tidak dikenali akan dipaparkan nombor telefon mereka, tetapi tidak untuk Telegram.
Muhammad Saufi Hassan


Umpama sebuah kerjaya baharu dalam media sosial apabila terdapat sekumpulan komuniti yang menggelarkan mereka sebagai komuniti 'Dark Side' dengan memfokuskan kepada penjualan video pornografi serta 'perkhidmatan' berteraskan maksiat.

Komuniti itu bukan baharu, sebaliknya sudah wujud sejak bertahun lamanya dan ia merangkumi pelbagai segmen umur.

Bermula dari penuntut kolej, wanita berkerjaya, isteri orang sehingga kepada wanita berusia turut terbabit dengan kegiatan berkenaan.

Modus operandinya hampir sama iaitu menawarkan langganan video, gambar sehingga kepada perkhidmatan seks menerusi platform aplikasi Telegram untuk berkomunikasi.

Tidak keterlaluan jika disifatkan sebagai platform berkenaan adalah 'hab' segala jenayah siber bermula dari pelaburan tidak wujud sehingga kepada isu maksiat.

Platform Telegram menjadi tempat paling popular kerana identiti pengguna akan dirahsiakan malah identiti juga boleh ditukar dengan mudah.

JENAYAH siber yang wujud bermula daripada kumpulan pelaburan emas tidak wujud, penyebaran maklumat tidak benar, sebaran filem 'soft copy' secara haram sehingga kepada aplikasi pilihan penggodam untuk berkomunikasi.
JENAYAH siber yang wujud bermula daripada kumpulan pelaburan emas tidak wujud, penyebaran maklumat tidak benar, sebaran filem 'soft copy' secara haram sehingga kepada aplikasi pilihan penggodam untuk berkomunikasi.

Berbeza dengan WhatsApp, aplikasi itu memerlukan penyeragaman dengan nombor telefon, pengguna yang tidak dikenali akan dipaparkan nombor telefon mereka, tetapi tidak untuk Telegram.

Sebut saja jenayah siber yang wujud bermula dari kumpulan pelaburan emas tidak wujud, penyebaran maklumat tidak benar, sebaran filem 'soft copy' secara haram sehingga kepada aplikasi pilihan penggodam untuk berkomunikasi.

Malah, terdapat pelbagai kes penggodaman akaun peribadi yang bertujuan untuk meminta wang kepada rangkaian kenalan individu terbabit.

Platform berkenaan menjadi pusat tumpuan jenayah siber berikutan sistem maklumat pengguna yang dirahsiakan penyedia Telegram sekali gus sukar untuk melakukan menyekat penjejakan nombor telefon dilakukan.

TELEGRAM sering menjadi aplikasi tumpuan untuk penyebaran barang terlarang termasuk kumpulan komuniti 'Dark Side'.
TELEGRAM sering menjadi aplikasi tumpuan untuk penyebaran barang terlarang termasuk kumpulan komuniti 'Dark Side'.

Senario pengguna di aplikasi itu agak berbeza dengan platform lain apabila Telegram hanya menggunakan identiti pengguna (ID) tanpa ada sebarang pendedahan nombor telefon.

Berdasarkan kepada sistem privasi platform berkenaan, pengguna boleh memilih untuk menyembunyikan nombor telefon daripada kenalan di Telegram dan menyekat pemilik akaun Telegram tertentu daripada mengetahui nombor telefon yang didaftarkan atas satu-satu identiti.

ID pengguna di Telegram juga boleh ditukar dengan mudah tanpa perlu sebarang syarat dan tiada istilah 'satu ID satu nombor telefon' untuk pengguna di Telegram.

Pada masa sama, platform berkenaan menjadi pilihan medium 'komunikasi rasmi' untuk penggodam berinteraksi sesama mereka.

Hasil daripada itu, banyak insiden jenayah siber bermula daripada grup atau kumpulan di platform berkenaan khususnya tentang pelaburan yang tidak wujud.

KEUPAYAAN aplikasi Telegram adalah tidak mendedahkan identiti sebenar pengguna dan tiada nombor telefon yang akan dipaparkan untuk perbualan tidak dikenali.
KEUPAYAAN aplikasi Telegram adalah tidak mendedahkan identiti sebenar pengguna dan tiada nombor telefon yang akan dipaparkan untuk perbualan tidak dikenali.

Wujud juga aktiviti penyebaran cetakan filem secara haram juga berlaku dalam platform berkenaan secara 'soft copy' membabitkan banyak cerita tempatan yang baru saja ditayangkan di layar perak.

Secara hakikatnya, memang sukar bagi agensi berkaitan untuk menyekat secara menyeluruh penggunaan aplikasi ini yang berpangkalan di Rusia namun mungkin boleh difikirkan kaedah tertentu untuk mengurangkan risiko berlakunya jenayah siber.

Pengguna juga perlu memainkan peranan dengan lebih bijak supaya tidak mudah tertipu dengan sebarang bentuk skim pelaburan di platform maya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2024 @ 7:00 AM