Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 Seperti yang sudah dijangka, Apple bakal menganjurkan satu majlis khas dengan tema 'Far Out' pada 7 September ini dan besar kemungkinan Apple akan memperkenalkan barisan baharu siri iPhone 14 dengan beberapa peranti lain.

  Untuk pengguna di Malaysia, mereka boleh melihat penstriman majlis berkenaan pada 8 September jam 1 pagi berdasarkan jemputan yang dikeluarkan oleh Apple.

  Apple dikatakan akan memperkenalkan empat variasi iPhone baharu keluaran mereka dan kali ini dikatakan tiada lagi iPhone Mini.

  Syarikat gergasi teknologi itu juga dipercayai akan melancarkan beberapa peranti lain antaranya model kelas tinggi iPad dan tiga model Apple Watch.

  Berdasarkan tradisi pelancaran, pengumuman iPhone baharu itu akan turut disertai dengan pelancaran beberapa peranti lain terutamanya Apple Watch.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2022 @ 10:26 AM