ROBOT pembantu rumah, Deebot T10 menawarkan perkakas baharu dengan penggunaan teknologi baharu.
ROBOT pembantu rumah, Deebot T10 menawarkan perkakas baharu dengan penggunaan teknologi baharu.
Muhammad Saufi Hassan

 

PENGGUNA hari ini mahu kehidupan yang lebih mudah dengan bantuan teknologi atau perkakas di dalam rumah yang boleh melaksanakan tugasan 'house chores' khususnya menyedut habuk serta mencuci lantai.

Dua tugasan ini adalah yang paling memenatkan namun ia akan lebih mudah hasil bantuan teknologi terkini atau robot pencuci pintar.

Pengguna juga boleh memulakan mod pencucian tatkala berada di pejabat kerana semua arahan, tetapan pencucian termasuk mod robot berkenaan boleh dikawal menerusi telefon pintar.

Paling mengagumkan adalah pengguna boleh melakukan pemetaan pencucian atau lakaran reka lantai di rumah untuk pencucian tanpa sebarang masalah.

Untuk itu, peneraju robotik perkhidmatan terkemuka, Ecovacs Robotics memperkenalkan generasi robot pintar terbaharu keluarannya iaitu Deebot T10 yang dilengkapi dengan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI).

Menerusi Deebot baharu ini, ia menggabungkan teknologi termaju seperti pengecaman dan pergerakan objek berasaskan kepada AI yang sudah dinaiktaraf AIVI 3.0.

Ia menawarkan kelebihan unik kepada isi rumah sekali gus memberikan perkhidmatan pembersihan terbaik dalam kelasnya.

PENGGUNA boleh melakukan tetapan mod pencucian menerusi peranti pintar tanpa sebarang masalah.
PENGGUNA boleh melakukan tetapan mod pencucian menerusi peranti pintar tanpa sebarang masalah.

Menerusi keupayaan baharu itu juga, Deebot T10 akan memberi pengalaman kepenggunaan yang berbeza dengan pembantu suara YIKO.

Menyentuh tentang AIVI 3.0, Deebot T10 ini dilengkapi dengan teknologi berkenaan yang dikuasakan dengan pemproses Horizon Sunrise 3 serta meningkatkan ketepatan pengecaman objek bingkai tunggal sebanyak 20 peratus.

Hasil teknologi baharu itu juga memberikan kelajuan pengecaman bingkai tunggal objek sebanyak 20 kali ganda.

Deebot T10 ini turut dilengkapi dengan kamera astrofotografi 960P yang melebarkan Medan Pandangan (FOV) kepada 148.3 darjah, Deebot T10 mengenal pasti halangan lantai biasa dengan lebih pantas dan lebih baik untuk mengelakkannya.

Pembersih vakum robotik juga mengenali 18 jenis halangan lantai, perabot dan bahan lantai serta dilengkapi dengan sijil privasi dan keselamatan TÜV Rheinland untuk perisian dan perkakasan.

Deebot T10 direka untuk berfungsi pada permukaan dan permaidani yang berbeza.

Teknologi AIVI 3.0, apabila dipadankan dengan penderia ultrasonik, membantu pembersih vakum robotik mengenali jenis permaidani yang berbeza manakala penderia anti-jatuh menghalang daripada jatuh melepasi tangga dan penghadang.   

Pengguna boleh mendapatkan Deebot T10 menerusi kedai rasmi Ecovacs di Lazada dengan harga RM4,799.

Bagi tempoh 7 hingga Julai lalu, pengguna boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus untuk Deebot T10, Stesen Kosong Auto dan Deebot T10+ masing-masing berharga RM2,499, RM899 dan RM3,398.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Ogos 2022 @ 6:08 AM