Intan Mas Ayu Shahimi


PERUT buncit dan menggeleber bukan saja membuatkan ramai wanita tidak selesa, bahkan turut mencacatkan penampilan setiap kali mengenakan kemeja, kebaya atau sekadar menyarung baju-T.

Mungkin ada suara sinis yang akan mencadangkan pemakaian baju lebih besar atau longgar. Namun, hakikatnya memilih saiz baju saja tidak memberikan sebarang impak positif buat mereka yang menginginkan perut rata.

Menurut Pengasas AF Fitness, Rohani Mat Yaman, ada beberapa jenis senaman mudah yang boleh dijadikan panduan wanita atau lelaki mendapatkan perut rata.

1) DUDUK dengan keadaan separa bersandar dan bengkokkan lutut. Bawa genggaman tangan ke kanan dan sambil menahan tubuh.
1) DUDUK dengan keadaan separa bersandar dan bengkokkan lutut. Bawa genggaman tangan ke kanan dan sambil menahan tubuh.

3) BARING dan angkat kaki membentuk kedudukan L.
3) BARING dan angkat kaki membentuk kedudukan L.

“Berdasarkan pengalaman, mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti kecergasan biasanya tidak mahu latihan yang sukar, membebankan atau memerlukan pelbagai kelengkapan khusus.

“Bahkan saya sendiri pernah mengalah apabila berdepan kesukaran melakukan langkah senaman yang rumit. Jadi, sebagai permulaan, pilihlah senaman mudah, ringkas dan sepadan dengan kemampuan diri,” katanya.

Mencadangkan rutin senaman perut yang mudah, Rohani berkata, lima langkah yang ditunjukkan kali ini bertujuan menguatkan otot perut, mengatasi masalah buncit serta menangani isu perut menggeleber.

4) TURUNKAN kaki perlahan-lahan dan angkat semula pada kedudukan asal. Lakukan mengikut kemampuan diri. Ulang 10 kali sehingga tiga set.
4) TURUNKAN kaki perlahan-lahan dan angkat semula pada kedudukan asal. Lakukan mengikut kemampuan diri. Ulang 10 kali sehingga tiga set.

5) LETAKKAN siku separas bahu dan bengkokkan sebelah kaki untuk menyokong tubuh. Kekal dalam kedudukan selama 15 saat.
5) LETAKKAN siku separas bahu dan bengkokkan sebelah kaki untuk menyokong tubuh. Kekal dalam kedudukan selama 15 saat.

“Senaman ini juga penting untuk mengekalkan stamina dalam sukan dan aktiviti lasak seperti maraton, mendaki serta berbasikal. Apabila otot bahagian perut (otot teras) lebih kuat, sesiapapun mampu bertahan dalam aktiviti sukan untuk jangka masa lama.

“Bagi wanita, senaman perut bukan saja penting untuk kekal ramping, tetapi berupaya membina kekuatan dalaman badan. Apabila mengamalkan senaman perut mudah ini, anda mampu berlari lima kilometer tanpa perlu berlatih setiap hari.

7) DALAM kedudukan plank, bawa kaki kanan ke siku kiri dan kaki kiri ke siku kanan. Ulang langkah sama seperti anda mengayuh basikal. Kira silang sampai 10.
7) DALAM kedudukan plank, bawa kaki kanan ke siku kiri dan kaki kiri ke siku kanan. Ulang langkah sama seperti anda mengayuh basikal. Kira silang sampai 10.

8) AKHIRI senaman dengan melakukan plank selama 20 saat.
8) AKHIRI senaman dengan melakukan plank selama 20 saat.

“Begitupun, ia perlu dilakukan mengikut disiplin dengan pengambilan makanan seimbang. Ambil semua jenis kumpulan makanan dalam kuantiti sederhana dan kurangkan hidangan berlemak serta bergula tinggi.

“Jika tidak, walaupun anda bersenam sejam

sehari, perut tidak akan kempis. Ini kerana, 80 peratus kejayaan bergantung kepada pemakanan dan bakinya adalah senaman,” katanya.

Ikuti langkah senaman dicadangkan Rohani. Jangan lupa lakukan regangan tubuh sebelum dan selepas melakukan senaman. Paling penting, bersenamlah mengikut kemampuan diri supaya tidak tercedera.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Julai 2019 @ 5:20 AM