SHAHIZAL dan Nik Rose (kanan).
SHAHIZAL dan Nik Rose (kanan).
Siti Nadirah Hafidzin


RAKAN untuk bergelak ketawa memang ramai dan ada saja di keliling kita namun untuk memiliki seorang sahabat yang sanggup mengharungi susah senang bersama tidak semudah disangka. Terlalu banyak didengar kes tikam belakang membabitkan rakan, tidak kurang juga dilakukan individu dalam kalangan ahli keluarga sendiri.

Mungkin atas sebab itu, ramai memilih untuk lebih berhati-hati dalam aspek ini kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini.

Namun senario itu jauh berbeza dengan perhubungan akrab dua sahabat ini. Mereka bukan saja berkongsi suka duka malah kedua-duanya menanam azam dan impian yang sama dalam membangunkan serta memperkasakan ekonomi wanita lain.

Kedua-duanya memiliki wajah cantik manis dan perwatakan menarik, Shahizal Mohd Arshad, 36, dan Nik Rose Nik Hafiz, 32, tekad berusaha sedaya mungkin bagi merealisasikan impian ditanam.

Memulakan bicara, Shahizal berkata, perkenalannya dengan Nik Rose berlaku tanpa sengaja tiga tahun lalu sewaktu sahabatnya itu bergelar usahawan manakala dia pula pelanggan sebelum turut menjadi seorang daripada pengedar produk terbabit.

“Pada mulanya saya sendiri menggunakan produk kecantikan dan kesihatan diusahakan Nik Rose dan ketika itu, dalam diam saya mengagumi semangat serta usahanya dalam membina empayar perniagaan.

MOHD NOR, isterinya, Zariah dan tiga anak mereka, Aliefah Ilyani, 29, Muhammad Ilham Rifaaie, 26, dan anak bongsu, Muhammad Amir Haziq, 16 gembira dapat berangkat ke Makkah. FOTO Nor Fazlina Abdul Rahim
MOHD NOR, isterinya, Zariah dan tiga anak mereka, Aliefah Ilyani, 29, Muhammad Ilham Rifaaie, 26, dan anak bongsu, Muhammad Amir Haziq, 16 gembira dapat berangkat ke Makkah. FOTO Nor Fazlina Abdul Rahim

“Apabila kami mula berkawan ternyata banyak keserasian antara kami, seperti sudah dijodohkan. Saya sangat bersyukur kerana perhubungan kami bukan sekadar rakan malah lebih daripada itu kerana banyak perkara yang kami kongsi bersama,” katanya.

Menurutnya, tanpa sengaja, dia bersama Nik Rose mengakui mahu melakukan sesuatu yang dapat membantu wanita menjana pendapatan.

“Walaupun sudah berkahwin, kami tidak suka mengharapkan wang suami semata-mata. Kami tahu ramai wanita yang mahu ada pendapatan sendiri.

“Bermula daripada itu, kami bersama-sama berjuang, mengikuti pelbagai kelas serta seminar usahawan, belajar dan berbincang. Selepas lebih setahun membuat kajian kami akhirnya sepakat menubuhkan sebuah syarikat kecantikan dan kesihatan iaitu Roserich Empires,” ujarnya.

Menurut Shahizal, syarikat yang ditubuhkan itu bukanlah untuk mendapatkan keuntungan semata-mata namun pada masa sama menjadi medan membantu golongan yang mahu memajukan diri serta mengubah nasib keluarga dengan menjadi ejen serta stokis.

“Penubuhan syarikat ini sebenarnya lebih kepada jalan untuk membantu ramai wanita yang tidak tahu berniaga supaya mampu mendapatkan apa yang mereka mahukan terutama mempunyai kewangan sendiri.

“Atas sebab itu, berlandaskan kemahiran dan pengalaman kami dalam dunia perniagaan, kami beri pendedahan dan ilmu kepada wanita yang berminat untuk menyertai kami,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua wanita itu yakin terlalu ramai wanita khususnya suri rumah yang mahu menjana pendapatan sendiri tetapi tidak tahu caranya.

“Memang ada banyak kelas usahawan tetapi hampir semuanya mengenakan yuran tertentu hingga ribuan ringgit. Bagi kami, bukan semua orang mampu dan disebabkan itu, kami tekad untuk membantu dengan cara sendiri.

“Setiap individu yang berminat akan diberi pendedahan menyeluruh mengenai produk kami selain teknik pemasaran yang boleh digunakan, dalam pada itu, individu yang berkelayakan turut layak menerima pelbagai ganjaran hebat,” ujarnya.

Shahizal berkata, bukan saja ilmu perniagaan malah dia dan Nik Rose turut membantu setiap peserta supaya mampu mengendalikan platform digital dengan baik terutama Facebook dan Instagram.

“Terkini kami menghasilkan produk F’strim daripada bahan semula jadi dan sunnah yang berfungsi membantu menurunkan berat badan serta mendapatkan kesihatan diri yang baik. Disebabkan itu, kami ajar setiap ejen dan stokis kami supaya lebih konsisten dalam berniaga terutama dengan mengenali produk yang dijual terlebih dulu.

“Kami bukanlah nama besar, namun tetap berusaha menghasilkan produk terbaik demi memastikan lebih ramai wanita mampu berdiri dengan kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain hasil bernaung di bawah kami,” katanya.

d Azmin dan Mas Ermieyati menikmati makan tengah hari dengan anggota komuniti di Kampung Pengkalan Balak, Masjid Tanah.
d Azmin dan Mas Ermieyati menikmati makan tengah hari dengan anggota komuniti di Kampung Pengkalan Balak, Masjid Tanah.

Katanya, pada masa sama, dia bersama sahabatnya itu turut mengharapkan perjalanan perniagaan diusahakan terutama dengan penghasilan F’strim ini berjalan dengan baik.

“Saya menguruskan pejabat di Shah Alam, Selangor manakala Nik Rose di Johor, kami berharap produk kami bukan saja membantu individu yang bermasalah terutama berat badan berlebihan malah dalam masa sama membantu lebih ramai wanita menambah pendapatan bulanan.

“Kami gembira melihat ramai wanita mampu tersenyum apabila sudah mula mempunyai pendapatan sendiri apatah lagi dalam kalangan ibu tunggal yang perlu membesarkan cahaya mata,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Julai 2019 @ 6:00 AM