ANTARA selebriti yang terbabit.
ANTARA selebriti yang terbabit.
Siti Zarinah Sahib

Bagi membolehkan pengguna mendapatkan koleksi produk keluaran selebriti tempatan kesayangan mereka, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee melancarkan inisiatif terbaharunya, Skuad Selebriti Shopee iaitu satu ruangan khas dalam aplikasi yang membariskan pelbagai produk selebriti membolehkan pengguna membeli produk keluaran selebriti kegemaran mereka.

Menurut Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho menyedari ramai rakyat Malaysia ingin memiliki produk selebriti pilihan mereka jadi Shopee melancarkan aplikasi ini dengan tawaran eksklusif serta potongan harga istimewa.

“Kami mendapati permintaan terhadap produk selebriti semakin meningkat. Oleh itu, aplikasi ini menyediakan saluran untuk peminat mendapatkan barangan pilihan dengan harga istimewa. Kami juga berbesar hati mengumumkan enam selebriti terkemuka Malaysia sebagai pelopor bagi Skuad Selebriti Shopee ini.

“Mereka adalah penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menawarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik, SimplySiti; pelakon Nora Danish dengan jenama tersendiri Owl; Izara Aishah memperkenalkan produk bibir berjenama Madame Izara; bintang drama popular Separuh Jiwaku, Elfira Loy dan finalis Akademi Fantasia Musim Ke-5, Heliza Helmi dengan jenama masing-masing EL dan Heliza Guzel Hive yang menjual pakaian tradisional Muslimah,” katanya.

Tidak ketinggalan Emma Maembong yang memperkenalkan produk penjagaan kulit, EMBS.

Di samping memperkenalkan lebih ramai selebriti untuk menyertai Skuad Selebriti Shopee pada masa akan datang, pengguna Shopee juga pasti teruja dengan kempen mingguan yang menampilkan pelbagai tawaran dan aktiviti menarik. Kempen mingguan ini akan menampilkan pelancaran eksklusif produk termasuk koleksi alat solek bertemakan emas keluaran Datuk Siti Nurhaliza, SimplySiti New Gold Edition menggunakan teknologi fokus lembut dan debuan emas yang hanya boleh didapatkan di Shopee.

Kempen Cahaya Raya Shopee yang berlangsung bermula 3 Mei hingga 17 Jun, membolehkan pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM1.5 juta dengan menyertai permainan dalam aplikasi Shopee yang mengujakan.

Shopee turut bekerjasama dengan Visa dalam membawakan permainan popular ‘Ketupat Raya’ yang menjanjikan pengguna bertuah pelbagai hadiah termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000; sebuah Honda HRV bernilai RM100,000; Volkswagen Polo bernilai RM80,000 serta syiling Shopee, baucar, televisyen, seterika mudah alih, pengering rambut dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut layari https://shopee.com.my/m/Shopee-Celebrity-Squad.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Jun 2018 @ 2:51 PM