ANTARA Wira Di Sebalik Tabir yang mendapat pengiktirafan.
ANTARA Wira Di Sebalik Tabir yang mendapat pengiktirafan.
Siti Nadirah Hafidzin

Sempena Ramadan yang mulia, Domino’s sekali lagi melancarkan projek amal dengan memperkenalkan inisiatif terbarunya, Dana Together-gether.

Komited dengan komitmennya untuk membalas jasa individu yang memberi sumbangan dan berkorban demi kepentingan orang lain, Domino’s baru-baru ini melancarkan dana itu sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada ‘Wira di Sebalik Tabir’.

Dana Together-gether adalah platform yang diilhamkan Domino’s untuk berganding bahu dengan pelanggannya menerusi inisiatif ini. Dengan setiap pembelian set Kombo Ramadan, pelanggan dapat menyumbang sepotong piza yang akan dikumpul sebelum dihantar kepada kumpulan Wira Di Sebalik Tabir.

Pelanggan yang membeli mana-mana set kombo Ramadan khususnya Ssamjeang Buddy Combo atau Ssamjeang Super Combo membolehkan sepotong piza disumbangkan kepada dana ini.

Setiap enam potong piza membentuk sekeping piza saiz sederhana yang lengkap.

Wira Di Sebalik Tabir yang mendapat pengiktirafan antaranya adalah doktor dan jururawat Hospital UMRA, Shah Alam; anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik; tukang gunting rambut yang baik hati Lex Low; Palanikumar dan kumpulan sukarelawannya; Pengasas Community Policing Malaysia, Kuan Chee Heng dan Ahmad Faizal yang mempunyai kisahnya tersendiri. Penjaga dan kanak-kanak dari Rumah Titian Kasih dan Rumah Amal Kasih Bestari juga dijemput ke majlis pelancaran itu.

Pengurus Besar Kanan Operasi Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura Shamsul Amree berkata, pihaknya bukan saja menawarkan diskaun hebat dan tawaran menarik kepada pelanggan tetapi juga peluang untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan terutama sepanjang Ramadan yang mulia ini.

MENGHARGAI jasa dan kerja keras pasukan bomba dan penyelamat.
MENGHARGAI jasa dan kerja keras pasukan bomba dan penyelamat.

“Wira Di Sebalik Tabir ini adalah individu yang tidak mementingkan diri dan sanggup berkorban, berbakti dan memberikan sumbangan kepada keluarga mereka serta masyarakat dengan melakukan lebih daripada yang diperlukan untuk kebaikan orang lain.

“Mereka adalah sumber inspirasi dan sudah menaburkan khidmat bakti yang tidak ternilai. Kami teruja dengan penganjuran program seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura Linda Hassan berkata, program dijalankan amat memberi makna besar kepada banyak pihak.

“Untuk bulan puasa ini, kami berfikir panjang mengenai usaha untuk mewujudkan satu platform yang membolehkan kami berganding bahu dengan pelanggan bagi tujuan amal.

“Kami harap dengan sokongan semua rakyat Malaysia ini membolehkan kami mengumpul lebih 3,000 kotak piza dalam tempoh tiga minggu menerusi inisiatif dana ini yang kemudiannya akan diagihkan kepada lebih 10,000 Wira Di Sebalik Tabir dan kanak-kanak kurang bernasib baik sepanjang Ramadan dan hari raya,” ujarnya.

Selain mereka yang hadir pada majlis pelancaran itu, Domino’s juga menghargai kira-kira 700 kakitangan kejuruteraan dan operasi Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Hidangan piza istimewa dihantar untuk memastikan pesawat Malaysia Airlines (MAS) diselenggarakan dengan baik dan perkhidmatan operasi menepati piawaian keselamatan untuk terus memberikan keselesaan kepada penumpang.

Pengurus Kanan, Strategi, Pemasaran & Pembangunan Perniagaan MAB Ahmad Zamzury Abu Bakar berkata, ini adalah kali pertama pihaknya menerima penghargaan seperti itu.

“Penghargaan ini adalah hadiah yang sangat bermakna kerana ramai yang terlupa kerja keras kami untuk memastikan setiap bahagian pesawat diperiksa rapi sebelum penumpang melangkah masuk ke dalam pesawat untuk penerbangan dan juga memastikan pesawat berlepas dan mendarat mengikut jadual. Terima kasih Domino’s,” katanya.

KAKITANGAN MAB menerima hidangan piza lazat Domino’s.
KAKITANGAN MAB menerima hidangan piza lazat Domino’s.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Jun 2018 @ 11:55 AM