Yusliza Yakimir Abd Talib


Jerawat yang biasanya dianggap sejenis masalah kulit yang berlaku ketika usia akil baligh sebenarnya boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Daripada masalah ringan seperti sedikit bintik di muka, belakang badan dan dada, jerawat boleh berlarutan hingga menyebabkan tekanan emosi dan parut kekal jika tidak dirawat.

Menurut satu kaji selidik terkini yang dijalankan oleh jenama penjagaan kulit Hiruscar, kira-kira 90 peratus rakyat Malaysia pernah mengalami atau sedang menghadapi masalah jerawat .

Pakar Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Universiti Malaya Dr Ch’ng Chin Chwen berkata, ramai menyangka jerawat adalah kesan daripada tidak membersihkan kulit dengan betul dan pengambilan makanan berminyak dan coklat.

Namun katanya, jerawat sebenarnya disebabkan oleh bakteria P. acne yang membiak di dalam minyak berlebihan yang terperangkap di dalam liang roma kulit manusia.

“Justeru, menggosok kulit secara berlebihan akan hanya menyebabkan kulit menjadi kering dan rengsa. Ini boleh menyebabkan lebih banyak keradangan dan juga parut.

“Oleh itu, adalah penting untuk mendidik pengguna mengenai cara yang betul untuk menangani masalah jerawat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Hiruscar Anti-Acne.

Sementara itu, Pengurus Senior, Ketua Kesihatan Pengguna, Pengurusan Pemasaran, Kesihatan Pengguna, DKSH Malaysia Pang Koon Yin berkata, sempena pelancaran produk itu, Hiruscar Anti-Acne turut memperkenalkan Club Spotless, sebuah kempen kecantikan yang disasarkan pada pengguna aktif media sosial.

PANG (dua dari kiri) dan Dr Ch’ng pada pelancaran Hiruscar Anti-Acne.
PANG (dua dari kiri) dan Dr Ch’ng pada pelancaran Hiruscar Anti-Acne.

Katanya, Hiruscar Anti-Acne akan memberikan 250 Spotless Kit yang mengandungi Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser dan Spot Gel untuk menggalakkan peserta menggunakan platform berkenaan bagi berkongsi kisah kecantikan mereka dengan pengguna lain.

“Kami komited dalam mendidik pengguna mengenai penjagaan kulit yang betul untuk mendapatkan kulit yang bebas parut jerawat dan meningkatkan keyakinan diri mereka.

“Melalui Club Spotless, kami menggalakkan pengguna untuk mengawal masalah kulit mereka di samping menyediakan platform perkongsian untuk memberi inspirasi kepada pengguna lain apabila berkongsi kisah kejayaan masing-masing.

“Kami juga ingin memperkenalkan rangkaian produk ini melalui Spotless Pop-up Store di enam universiti terpilih di Lembah Klang supaya pelajar boleh mendapatkan nasihat pakar dan sampel produk penjagaan kami,” katanya.

Rangkaian penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne oleh Medinova yang berpusat di Switzerland ini terdiri daripada Pore Purifying Cleanser, Pore Purifying Serum dan Spot Gel.

la diuji secara klinikal untuk menangani masalah jerawat ringan hingga sederhana yang merangkumi bintik hitam, bintik putih, papul dan pustul.

Rumusan uniknya mengawal secara efektif pengeluaran sebum, mengurangkan bakteria dan sel kulit mati di samping menyeimbangkan paras kelembapan kulit dan mengurangkan jerawat berulang.

Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser adalah gel pembersih lembut yang diformulasi untuk membersih kulit secara mendalam, menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit.

Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum adalah pelembap berformula ringan, tidak berminyak dengan penyerapan pantas dan penghidratan berpanjangan yang membantu merapatkan liang roma dan memperbaiki masalah jerawat.

Manakala Hiruscar Anti-Acne Spot Gel pula adalah gel lutsinar yang ringan dan tidak berminyak dengan formulasi antibakteria yang merawat dan memudarkan parut jerawat tanpa menyebabkan kulit mengelupas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Oktober 2017 @ 1:14 PM