SET tiga dalam satu dijual pada harga RM150.
SET tiga dalam satu dijual pada harga RM150.
Wan Nur Ameera Meor Rozma

Kuala Lumpur: Glowhite Malaysia Sdn Bhd (Glowhite Malaysia) memperkenalkan produk kecantikan jenama Glowhite yang dirumus khas daripada bahan semula jadi untuk memberikan kesan terbaik pada kulit wajah pengguna.

Pengarah Pemasarannya Juwita Abdullah berkata, set tiga dalam satu itu berfungsi untuk menyelesaikan masalah kesan pengunaan produk beracun, jerawat, jeragat dan parut, bekas jerawat berlubang, kulit terbakar dan mengelupas, kulit gelap, kusam dan pori terbuka, kulit berminyak dan kering serta membantu menghilangkan bintik hitam.

Glowhite adalah produk kecantikan kulit pertama yang dicipta tanpa krim pencuci, siang dan malam, tetapi berupaya memberi kesan sehingga lima kali ganda lebih baik.

“Produk ini memberi kesan positif seawal lima hingga tujuh hari bergantung kepada kulit wajah pengguna dengan tindak balas paling selamat tanpa sebarang pengelupasan dan iritasi pada kulit wajah,” katanya.

Juwita berkata, Glowhite bukan saja produk bumiputera, malah ia buatan Malaysia bertaraf (GMP) dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tambahnya, Glowhite menjalani ujian makmal swasta dan mendapat sijil pengiktirafan bebas daripada bahan merkuri, hidrokenon, kadmium, plumbum dan arsenik.

Ia selamat digunakan sesiapa saja yang berusia 12 tahun ke atas termasuk warga emas tanpa mengira jantina.

PRODUK Glowhite bantu pengguna selesai masalah kesan produk beracun.
PRODUK Glowhite bantu pengguna selesai masalah kesan produk beracun.

Set tiga dalam satu yang merangkumi Aqua Pore Refine, Age Treatment Serum dan Foundation Treatment (dalam tiga warna sesuai mengikut kulit pengguna) dijual pada harga RM150 (Semenanjung) dan RM155 (Sabah & Sarawak).

Selain set itu, Glowhite mengeluarkan lipmatte La Jolie yang diperbuat daripada vitamin, minyak argan dan jojoba untuk membantu merawat masalah bibir dengan tekstur yang lembut

La Jolie didatangkan dalam enam pilihan warna pada harga antara RM39 dan RM44.

Dalam masa sama, Glowhite Malaysia turut mencari mereka yang berminat menjana pendapatan sampingan dengan mengisi kekosongan sebagai ejen di seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.

Bimbingan dan latihan akan diberikan di samping ganjaran menarik seperti barangan kemas, wang tunai, barangan berjenama dan percutian luar negara untuk setiap ejen aktif.

Bagi yang berminat menjadi sebahagian daripada perniagaan atau ingin mendapatkan produk boleh menghantarkan mesej WhatsApp di 019-3386372 atau hubungi 03-41420599 dan menyemak maklumat sama ada menerusi website www.glowhite.com.my, Facebook (GlowhiteOfficial) atau Instagram (GlowhiteHQ).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2017 @ 7:25 AM