WAJAH segar dan manis ditampilkan.
WAJAH segar dan manis ditampilkan.
Hajahfarhana Tarmudi


Inginkan wajah manis persis patung? Mudah saja jika anda tahu mengenakan solekan dengan kreatif. Namun, pastikan mekap persis patung yang manis dan menyegarkan ini tidak kelihatan keterlaluan untuk digayakan kala bersantai bersama teman bagi mengelak penampilan tampak pelik.

Ramai gadis masa kini yang gemarkan mekap gaya sebegitu bagi menonjolkan wajah yang ceria, muda dan menawan. Pemilihan warna yang sesuai juga sangat penting agar ia tampak senada dengan gaya diinginkan dan personaliti diri sendiri.

Bagi memberikan idea dan cara mudah menampilkan mekap segar, ringkas dan manis kala bersantai, ikuti langkah demi langkah ditunjukkan oleh jurumekap artis makeupbymaszmirza, Maszilina Mustafa ke atas wajah model, Siti Nor Aishah Md Sabri.

WAJAH sebelum disolek.
WAJAH sebelum disolek.

“Sebelum mengenakan sebarang mekap, sapuan lembapan dan primer sangat penting bagi memastikan kulit tidak kering dan merekah sekali gus membantu memberi solekan tahan lebih lama.

“Sebaik-baiknya, lukis atau ukir kening terlebih dulu bagi membantu menggalakkan pelembap dan primer meresap ke dalam kulit bagi mengelakkan sapuan tampak comot.

1. LUKIS kening.
1. LUKIS kening.

“Pilihan bedak asas jenis cecair mudah disesuaikan dengan warna kulit berbeza. Namun, sebaik-baiknya pilih satu ton yang lebih cerah daripada kulit dan ratakan dengan teknik menekap,” katanya.

Tonjolkan wajah berseri dengan sedikit sapuan penyerlah pada bawah mata, dahi, hidung, tepi mulut dan dagu. Ia juga membantu memberi kesan struktur wajah yang lebih jelas dan lebih menonjol dalam rakaman gambar.

2. SELEPAS menyapu penyamar noda pada bahagian tertentu, letakkan ‘corrector’ di bawah mata bagi menutup kesan lingkaran gelap.
2. SELEPAS menyapu penyamar noda pada bahagian tertentu, letakkan ‘corrector’ di bawah mata bagi menutup kesan lingkaran gelap.

3. SAPU rata bedak asas di seluruh wajah.
3. SAPU rata bedak asas di seluruh wajah.

4. BEDAK tabur dipakai untuk membantu mekap tampak lebih kemas terutama di kawasan yang ditambah dengan penyerlah. Kemudian, bedak tabur untuk kemasan terakhir di seluruh wajah.
4. BEDAK tabur dipakai untuk membantu mekap tampak lebih kemas terutama di kawasan yang ditambah dengan penyerlah. Kemudian, bedak tabur untuk kemasan terakhir di seluruh wajah.

5. TEKNIK bayangan digunakan bagi membentuk wajah sempurna.
5. TEKNIK bayangan digunakan bagi membentuk wajah sempurna.

Penggunaan teknik ‘shading’ atau bayangan juga sangat penting supaya bahagian seperti hidung, tulang pipi, rahang dan tepi muka serta dahi kelihatan lebih menyerlah.

Gabungan warna terang, sederhana dan gelap membantu menyerlahkan mata menawan. Pilihan rona merah jambu terang disapu pada seluruh lingkungan kelopak mata manakala rona lebih terang dioles pada tepi mata saja atau lebih mudah membuat bentuk C.

6. TIGA ton pembayang mata diadun untuk penampilan mata menawan.
6. TIGA ton pembayang mata diadun untuk penampilan mata menawan.

 7. GINCU penaik seri keseluruhan wajah.
7. GINCU penaik seri keseluruhan wajah.

 8. TAMBAH seri wajah dengan pemerah pipi.
8. TAMBAH seri wajah dengan pemerah pipi.

“Kemudian, pilih warna merah jambu yang lebih gelap untuk disapu sedikit pada hujung mata. Untuk bahagian garisan mata bawah pula, oles warna yang gelap di hujung dan gelap di depan mata menggunakan pembayang mata yang sama.

“Tambahan ukiran menggunakan celak rona gelap di garisan atas mata manakala bawah mata pula yang digaris dengan warna putih akan memberikan kesan mata lebih besar,” katanya.

WAJAH segar dan manis ditampilkan.
WAJAH segar dan manis ditampilkan.

Jelasnya, maskara juga perlu dipakai sebelum dan selepas mengenakan bulu mata palsu bagi memastikannya tampak melentik dan semula jadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Oktober 2017 @ 1:40 PM