RAKYAT Gaza berjalan melintasi bangunan yang musnah akibat serangan Israel di Kem Maghazi. FOTO AFP
RAKYAT Gaza berjalan melintasi bangunan yang musnah akibat serangan Israel di Kem Maghazi. FOTO AFP
Bernama-Anadolu

Istanbul: Sekumpulan peguam di Algeria pada Sabtu memfailkan tuntutan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) di The Hague terhadap pegawai Israel yang terbabit dalam jenayah genosid ke atas rakyat Palestin.

Algerian National Union of Bar Associations memaklumkan tuntutan mahkamah itu turut ditandatangani persatuan peguam Tunisia, Jordan, Mauritania dan Palestin, lapor Agensi Anadolu.

Tuntutan mahkamah itu berdasarkan dokumentasi yang dikumpul daripada sumber sahih termasuk foto dan video yang merakamkan perbuatan jenayah Israel di Semenanjung Gaza.

Ini termasuk dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kumpulan antarabangsa dan perintah terbaharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengesahkan bukti munasabah berhubung jenayah genosid di Gaza.

ICJ pada 26 Januari mendapati dakwaan Afrika Selatan bahawa Israel melakukan genosid adalah munasabah.

Mahkamah mengeluarkan perintah sementara menggesa Israel menghentikan sekatan bantuan ke Gaza dan memperbaiki situasi kemanusiaan.

Israel melancarkan serangan di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 27,131 rakyat Palestin dan mencederakan 66,287 lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2024 @ 10:45 AM