TENTERA Israel berhampiran sempadan melakukan serangan terhadap Gaza, 28 Disember lalu. FOTO AFP
TENTERA Israel berhampiran sempadan melakukan serangan terhadap Gaza, 28 Disember lalu. FOTO AFP
RAKYAT Palestin bersedih kerana anggota keluarga dibunuh akibat serangan Israel di hospital Nasser di Khan Yunis, 28 Disember lalu. FOTO AFP
RAKYAT Palestin bersedih kerana anggota keluarga dibunuh akibat serangan Israel di hospital Nasser di Khan Yunis, 28 Disember lalu. FOTO AFP
Bernama-UPI

Wasihington: Afrika Selatan pada Jumaat memfailkan kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana rejim itu telah melakukan genosid di Gaza.

Menurut kerajaan Afrika Selatan tindakan Israel itu sebagai "genosid" dan perbuatan sedemikian dilakukan dengan niat untuk menghapuskan lebih ramai rakyat Palestin di Gaza.

Tindakan Israel itu melanggar kewajipannya di bawah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, lapor United Press International (UPI).

Afrika Selatan turut meminta mahkamah mengeluarkan langkah-langkah sementara bagi melindungi hak rakyat Palestin daripada kemudaratan yang lebih teruk sehingga sukar untuk dipulihkan dan memastikan Israel patuh terhadap kewajipannya di bawah Konvensyen Genosid .

Pegawai kesihatan Gaza pada Jumaat berkata 187 lagi rakyat Palestin terbunuh dan 312 cedera dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah korban kepada 21,507 orang dan 55,915 cedera sejak pencerobohan Israel di Gaza bermula pada 7 Oktober.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Disember 2023 @ 1:55 PM