FOTO terbaharu PUTERI Charlotte. FOTO Reuters
FOTO terbaharu PUTERI Charlotte. FOTO Reuters
Reuters

London: Putera William dan isterinya Kate Middleton memuat naik gambar baharu Puteri Charlotte, cucu Raja Charles, pada Isnin, sehari sebelum sambutan ulang tahun kelahiran kelapan cahaya mata mereka.

Gambar itu menunjukkan Puteri Charlotte duduk di atas kerusi dengan tersenyum.

Kate mengambil gambar itu di Windsor hujung minggu ini, kata Istana Kensington dalam satu kenyataan ringkas.

Puteri Charlotte, dilahirkan di bandar ini pada 2 Mei 2015 dan cahaya mata kedua Putera William dan Kate dan juga anak perempuan tunggal mereka.

Sementara, Putera George dilahirkan pada Julai 2013 dan adiknya puteri Putera Louis dilahirkan pada April 2018.

Sambutan ulang tahun kelahiran Puteri Charlotte tahun ini jatuh hanya beberapa hari sebelum pertabalan Raja Charles pada 6 Mei, yang ditetapkan sebagai upacara besar-besaran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2023 @ 10:56 AM