Reuters

London: Seramai 28 juta warga Britain menonton upacara pemakaman Ratu Elizabeth II menerusi televisyen, menurut stesen penyiaran BBC, pada Selasa.

Jumlah itu menjadikannya program televisyen paling ramai ditonton setakat ini.

Ratu Elizabeth II mangkat 8 September lalu selepas memegang takhta selama 70 tahun.

Upacara pemakaman diadakan pada Isnin bermula dari Westminster Abbey dan disiarkan ke seluruh dunia.

BBC memaklumkan, majoriti penonton adalah warga Britain dengan 32.5 juta menonton pada waktu tertentu, manakala 22.4 juta menonton ketika mendiang ratu dibawa dari Westminster Abbey melalui ibu kota London.

Ratu Elizabeth II disemadikan di St George's Chapel di perkarangan Istana Windsor.

ORANG ramai meletakkan jambangan bunga di sebuah taman di luar Istana Buckingham, London. FOTO EPA
ORANG ramai meletakkan jambangan bunga di sebuah taman di luar Istana Buckingham, London. FOTO EPA

Penonton siaran BBC itu adalah yang terbesar sejak upacara penutupan Sukan Olimpik London pada 2012, sama seperti ketika upacara pengebumian Puteri Diana pada 1997.

Upacara itu ditonton menerusi saluran satu dan dua BBC selain platform penstriman iPlayer.

Angka penonton ini mewakili mereka yang menonton sekurang-kurangnya tiga minit.

Ia tidak termasuk orang di Britain yang menonton secara langsung pada peranti mudah alih.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2022 @ 9:35 AM