WANITA berkenaan selepas ditahan pihak berkuasa. FOTO Agensi
WANITA berkenaan selepas ditahan pihak berkuasa. FOTO Agensi
KANAK-KANAK berkenaan. FOTO Agensi
KANAK-KANAK berkenaan. FOTO Agensi
Agensi

Moscow: Seorang wanita di Rusia tergamak mengiklankan untuk menjual anak lelakinya dengan hanya 4,000 pound sterling (kira-kira RM21,500).

Nargiza Aitmatova, 36, yang kini sudah ditahan didapati memuat naik hantaran di media sosial untuk menjual anak lelakinya berusia tujuh tahun itu.

Wanita itu mendakwa terpaksa berbuat demikian kerana mahu melangsaikan hutang selain suami baharunya tidak menyukai anaknya itu.

Polis menahan wanita itu selepas pihaknya memberikan maklum balas terhadap iklan yang dimuat naik dalam satu operasi khas.

Menurut sumber, ibu kepada tiga anak itu percaya pelanggannya itu mahu membeli anaknya itu, dan menyerahkan wang tunai.

Mereka dikatakan bertemu di sebuah pusat beli-belah di Yekaterinburg, dan Aitmatova menyerahkan semua dokumen untuk kanak-kanak itu, termasuk kad perubatan, polisi insurans, sijil kelahiran, dan kad migrasi.

"Wanita itu sudah berulang kali diingatkan kesan kepada tindakannya termasuk dia mungkin tidak akan lagi bertemu anaknya selepas ini.

"Pembeli juga mengingatkan wanita terbabit bahawa dia tidak akan berhubung dengan anaknya selepas urusan pembelian dilakukan," kata sumber itu.

Wanita itu kemudian mencium dan memeluk kanak-kanak sambil menangis dan budak lelaki itu bersama 'pembeli' meninggalkan lokasi itu, lapor agensi berita RIA Novosti.

Budak lelaki terbabit memeluk ibunya dan mengucapkan selamat tinggal.

"Wanita itu turut berbohong kepada budak lelaki itu bahawa ayahnya akan menjemputnya nanti," menurut laporan berkenaan.

Operasi itu dijalankan kumpulan antiperhambaan dan pemerdagangan, Alernativa selepas dikesan pegawai penguat kuasa undang-undang Rusia.

Wanita itu kini ditahan reman selama dua bulan untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 11:10 AM