ZELENSKYY. FOTO Arkib AFP
ZELENSKYY. FOTO Arkib AFP
BERNAMA

Moscow: Volodymyr Zelenskyy berkata Kesatuan Eropah sengaja melewatkan peruntukan sokongan kewangan makro untuk Ukraine bernilai EUR8 bilion (kira-kira RM36.46 bilion), lapor Sputnik.

"Lapan bilion euro untuk Ukraine masih dibekukan. Kelewatan sokongan kewangan makro untuk negara kita ini sama ada jenayah atau kesilapan. Dan sukar untuk mengatakan mana yang lebih teruk," kata Zelenskyy dalam video yang disiarkan di Telegramnya.

Zelenskyy berkata, beliau sentiasa membangkitkan hal itu setiap hari.

"Kami berharap ini adalah satu kesilapan dan ia akan diperbetulkan," katanya.

Timbalan Ketua Pejabat Presiden Ukraine Ihor Zhovkva pada Selasa berkata, Jerman bertanggungjawab atas kelewatan sokongan kewangan itu. Bagaimanapun, Berlin menafikan tuduhan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Ogos 2022 @ 2:35 PM