ZELENSKYY. FOTO AFP
ZELENSKYY. FOTO AFP
BERNAMA

Kyiv: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mendakwa lebih 2,000 kanak-kanak diculik sejak pencerobohan Rusia ke negara itu penghujung bulan lalu.

"Kami tidak tahu di mana keberadaan anak kami ini," kata Zelenskyy pada sidang kemuncak Majlis Eropah yang dihadirinya secara maya.

Zelenskyy juga menuduh tentera Rusia menembak konvoi bantuan kemanusiaan dan menyasarkan serangan terhadap wanita dan kanak-kanak di koridor pemindahan, lapor Anadolu Agency.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Ukraine Iryna Vereshchuk berkata, lebih 3,300 orang sudah dipindahkan dari wilayah Kyiv, Donetsk dan Zaporizhzhia semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak dapat memindahkan penduduk di bandar Mariupol yang kini terkepung.

Malah, katanya, berpuluh-puluh bas yang sarat dengan bantuan kemanusiaan tidak dapat memasuki bandar itu.

Perang Rusia terhadap Ukraine sejak 24 Februari mencetuskan kemarahan antarabangsa.

Ia turut menyaksikan Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan United Kingdom melaksanakan sekatan kewangan keras ke atas Moscow.

Sekurang-kurangnya 1,035 orang awam terbunuh di Ukraine dan 1,650 cedera, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang turut memberi amaran bahawa angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi.

Lebih 3.67 juta rakyat Ukraine sudah melarikan diri ke negara jiran dengan berjuta-juta lagi kehilangan tempat tinggal di negara itu, menurut agensi pelarian PBB.

OVER 2,000 UKRAINIAN CHILDREN HAVE BEEN ABDUCTED AMID WAR WITH RUSSIA: ZELENSKYY

KYIV, March 25 (Bernama) – Ukraine's president said Thursday that more than 2,000 children have been kidnapped since the start of Russia's war against his country.

"We do not know the whereabouts of our children," said Volodymyr Zelenskyy, speaking at the European Council summit, which he attended virtually.

Zelenskyy also accused Russian forces of firing on humanitarian aid convoys and targeting women and children in evacuation corridors, reported Anadolu Agency.

Meanwhile, Ukraine's Deputy Prime Minister Iryna Vereshchuk said more than 3,300 people were evacuated from the regions of Kyiv, Donetsk and Zaporizhzhia on Thursday.

However, she said the Ukrainian side was not able to evacuate people living in the besieged city of Mariupol and dozens of busses loaded with humanitarian aid could not enter it.

Russia's war on Ukraine, which began on Feb 24, has been met with international outrage, with the European Union, US and UK among others implementing tough financial sanctions on Moscow.

At least 1,035 civilians have been killed in Ukraine and 1,650 injured, according to estimates by the UN, which cautioned that the true figure is likely far higher.

More than 3.67 million Ukrainians have also fled to neighbouring countries, with millions more displaced inside the country, according to the UN refugee agency.

– BERNAMA

TAGS: Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, Russia

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2022 @ 4:51 PM