CLYDE alami kecederaan ringan selepas dilanggar kereta api.
CLYDE alami kecederaan ringan selepas dilanggar kereta api.
Agensi

London: Perkhidmatan kereta api di sebuah bandar di Cambridge, England tergendala apabila seekor kura-kura seberat 50 kilogram (kg) berada di tengah landasan kereta api, baru-baru ini

Network Rail Anglia berkata, insiden itu menyebabkan perkhidmatan tiga kereta api tergendala.

Ia berlaku apabila seekor kura-kura gergasi Afrika bergerak ke landasan berhampiran stesen Harling Road di Cambridge.

Pegawai kereta api berkata, kura-kura itu yang bernama Clyde, dilanggar kereta api, tetapi hanya mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, kura-kura itu adalah haiwan peliharaan.

Ia bagaimanapun sudah dikembalikan ke rumahnya, kata Network Rail Anglia.

"Kami gembira untuk melaporkan bahawa Clyde baik-baik saja.

"Kami menyelamatkan seekor kura-kura gergasi Afrika seberat 50 kg dari landasan berhampiran stesen Harling Road selepas dilanggar kereta api yang merosakkan cengkerangnya.

"Kami gembira untuk memaklumkan Clyde dalam keadaan baik. Ia akan pulang ke rumah tidak lama lagi #ClydetheTortoise," kata perkhidmatan kereta api itu menerusi Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2022 @ 6:00 AM