LEIGH Best. FOTO Agensi
LEIGH Best. FOTO Agensi
Agensi

London: Seorang wanita yang dipecat dari pekerjaannya selepas majikan lelakinya mendakwa 'dia mesti sudah menopaus (putus haid)' diberi pampasan 20,000 pound sterling (kira-kira RM113,839).

Leigh Best, 54, dipecat sebagai pembantu jualan peruncit makanan haiwan peliharaan, Embark on Raw, di Essex, selepas tribunal pekerjaan mendapati dia membangkitkan isu keselamatan mengenai Covid-19.

BBC News melaporkan, dia mendakwa mengalami gangguan kerana kerana umur dan jantinanya.

Ia menyebabkan dia berasa "terhina dan malu."

Tribunal di London Timur itu memutuskan wanita itu diberikan pampasan 20,057.74 pound sterling (kira-kira RM114,164).

Ia termasuk 680 pound sterling (RM3,870) untuk kehilangan gaji, 4,000 pound sterling (RM22,767) lagi untuk gangguan dan penganiayaan.

Selain itu, 10,000 pound sterling (RM56,919) berhubung dengan kerugian menyalahi undang-undang.

Best bekerja di syarikat itu dari 29 Januari hingga 11 Mei 2020. Ketika itu, pengarah syarikat itu adalah suami dan isteri, David dan Andrea Fletcher.

Perbicaraan di tribunal mendengar Fletcher menjerit 'dia mesti menopaus' pada 20 Mac 2020 semasa pertengkaran mengenai pertikaian berhubung arahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2022 @ 6:40 AM