Sebahagian anggota tentera Ukraine bersedia untuk serangan balas. - FOTO AFP
Sebahagian anggota tentera Ukraine bersedia untuk serangan balas. - FOTO AFP
Reuters

London: Rusia menyerang dan melumpuhkan pangkalan tentera udara Starokostiantyniv di Ukraine menggunakan senjata ketepatan tinggi jarak jauh, kata kementerian pertahanan Rusia pada Ahad.

"Angkatan bersenjata Rusia terus menyerang infrastruktur ketenteraan Ukraine," kata jurucakap kementerian pertahanan Rusia, Igor Konashenkov.

"Pada pagi 6 Mac, serangan dilakukan menggunakan senjata jarak jauh berketepatan tinggi. Pangkalan tentera udara Ukraine berhampiran Starokostiantyniv telah dilumpuhkan."

Beliau berkata sistem peluru berpandu S-300 yang dikawal Ukraine juga telah dimusnahkan oleh pasukan roket Rusia.

Beliau berkata Rusia telah menjatuhkan 10 pesawat dan helikopter Ukraine dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mac 2022 @ 6:04 PM