FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

Rom: Itali dijangka mengadakan referendum, pada tahun depan, sama ada untuk menjadikan ganja bukan sebagai satu kesalahan jenayah.

Ia susulan kempen diadakan sekumpulan individu berhasil mengumpul 500,000 tandatangan dalam tempoh seminggu yang diperlukan untuk mengadakan referendum itu.

Referendum di Itali boleh diadakan jika 500,000 tandatangan diperoleh, dan jika pihak berkenaan dapat mengumpul jumlah (tandatangan) yang diperlukan sebelum tarikh akhir iaitu 30 September.

Sekiranya orang ramai memilih untuk menyokong, pembelian, penjualan dan penanaman ganja akan menjadi sah berdasarkan undang-undang Itali.

"Lebih daripada 500,000 tandatangan dikumpulkan dalam talian hanya dalam tempoh seminggu untuk #ReferendumCannabis," kata kumpulan berkenaan.

Penggunaan ganja di bawah undang-undang Itali pada masa kini hanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan.

Bagaimanapun, membeli, menjual dan menanam ganja secara besar-besaran adalah satu kesalahan dan peniaga boleh dikenakan hukuman penjara maksimum, 10 tahun jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 September 2021 @ 9:57 AM