GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

London: Kematian individu yang lengkap divaksin, akibat Covid-19, lebih rendah berbanding mereka yang masih tidak divaksin atau hanya mendapat satu suntikan saja.

Laporan itu dikeluarkan Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) England, baru-baru ini.

Daripada 51,000 kematian di England antara Januari hingga Julai lalu, hanya 256 kematian membabitkan penerima vaksin lengkap.

Kebanyakan mereka mempunyai sejarah penyakit kronik.

Angka itu menunjukkan vaksin mampu melawan dan mengurangkan kadar kematian akibat Covid-19, menurut ONS.

Sesetengah kematian selepas divaksin berlaku disebabkan vaksin tidak efektif sepenuhnya dan mengambil masa beberapa minggu selepas dos kedua untuk membina daya tahan tubuh.

Sebanyak 51,281 kematian Covid-19 antara 2 Januari hingga 2 Julai lalu terdiri daripada mereka yang pernah dijangkiti wabak itu sebelum divaksin.

Ia juga hanya membabitkan 640 individu atau 1.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kajian.

Sebanyak 458 kematian pula membabitkan individu yang sudah 21 hari menerima suntikan kedua.

Selain itu, 0.5 peratus pula adalah mereka yang sudah lengkap divaksin namun ujian saringan mendapati individu itu positif dalam tempoh 14 hari selepas dos kedua.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 September 2021 @ 9:45 AM