SEBUAH kedai barangan kemas Chaumet berdekatan Champs-Elysee di tengah Paris. FOTO AFP
SEBUAH kedai barangan kemas Chaumet berdekatan Champs-Elysee di tengah Paris. FOTO AFP
BERNAMA

Paris: Chaumet, satu daripada kedai menjual barangan kemas ternama di pusat bandar Paris, dirompak seorang lelaki bersenjata tidak dikenali pada Selasa.

Perompak itu berjaya melarikan barang kemas bernilai hampir 2 juta euro (RM10 juta), lapor Sputnik.

Le Parisien melaporkan, memetik sumber polis, kejadian berlaku pada 5.10 petang waktu tempatan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ini bukan kali pertama Chaumet menjadi sasaran perompak.

Pada November 2009, sebuah lagi kedai milik Chaumet dirompak, mengakibatkan kerugian kira-kira 1.9 juta euro (kira-kira RM1.95 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Julai 2021 @ 1:14 PM