Apartmen tempat Kardashian dirompak di Paris dan gambar kecil, cincin bintang itu bernilai RM20 juta yang turut dilarikan.
Apartmen tempat Kardashian dirompak di Paris dan gambar kecil, cincin bintang itu bernilai RM20 juta yang turut dilarikan.
AFP

Paris: DNA, termasuk pada barang kemas yang tertinggal di luar apartmen mewah Kim Kardashian di sini, membolehkan polis mengesan penjenayah yang merompak bintang realiti itu pada Oktober lalu, dan sudah menahan 16 orang setakat ini.

Semua mereka ditahan di Paris dan selatan Perancis hasil keputusan DNA itu. Dalam rompakan terbabit, Kardashian diikat sebelum barang kemasnya bernilai kira-kira AS$9.5 juta (RM42.5 juta) dirompak.

“Satu daripada DNA itu dikesan milik seseorang yang berada dalam rekod polis kerana jenayah rompakan,” kata sumber polis.

Sekumpulan lima lelaki bertopeng dan bersenjata api, sebahagiannya berpakaian seragam polis memasuki apartmen Kardashian, 36, di sin, sebelum mengikat dan mengurungnya dalam bilik air. Antara yang dirompak ialah cincin bintang itu bernilai RM20 juta dan satu beg barang kemas bernilai RM23.5 juta.

Perompak terbabit kemudian meninggalkan apartmen itu dengan berjalan kaki dan basikal namun mereka tercicir satu loket berlian bernilai kira-kira RM1.4 juta, tercicir di luar apartmen yang dijumpai orang ramai sebelum diserahkan kepada polis beberapa jam kemudian.

DNA pada loket berkenaan dikatakan membolehkan polis mengesan penjenayah terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2017 @ 4:57 PM