PETIKAN video menunjukkan angin kencang dan hujan lebat melanda kem Rohingya ThekayPyin di Sittwe, Rakhine, Myanmar. FOTO Reuters/Handout
PETIKAN video menunjukkan angin kencang dan hujan lebat melanda kem Rohingya ThekayPyin di Sittwe, Rakhine, Myanmar. FOTO Reuters/Handout
Bernama-Xinhua

Dhaka: Siklon Mocha yang sangat berbahaya mula melintasi pantai Bangladesh dan Myanmar pada Ahad, kata seorang pegawai kanan Jabatan Meteorologi Bangladesh (BMD) memberitahu Xinhua.

Mocha mempunyai diameter lebih 500 kilometer (km) dan impaknya dirasai di banyak kawasan di Bangladesh, kata Pengarah BMD Md Azizur Rahman.

Menurut buletin khas BMD, taufan itu dengan kelajuan angin sehingga 215 kilometer sejam (mph) boleh mencetuskan gelombang ribut.

Siklon itu akan mengambil masa beberapa jam untuk lemah .

Beberapa bahagian Bangladesh turut mengalami hujan renyai-renyai dan angin kencang .

Rakaman televisyen menunjukkan banjir berleluasa di Cox's Bazar pagi ini, dengan ribuan penduduk dipindahkan.

Menteri bagi Pengurusan Bencana dan Bantuan Bangladesh, Enamur Rahman, berkata mereka telah mengambil langkah sewajarnya untuk membantu penduduk yang terjejas.

Pegawai berkata setakat ini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mei 2023 @ 5:27 PM