Marina Bay, Singapura. FOTO AFP
Marina Bay, Singapura. FOTO AFP
AFP

Singapura: Satu rang undang-undang yang akan membenarkan pihak berkuasa Singapura memerangi jenayah dalam talian termasuk penipuan dibentangkan di Parlimen, semalam.

Kementerian Dalam Negeri berkata, jika diluluskan, Rang Undang-Undang (RUU) Kemudaratan Jenayah Dalam Talian itu membolehkan aplikasi dialih keluar daripada storefront Singapura serta menuntut penyedia perkhidmatan dalam talian untuk melumpuhkan kandungan tertentu.

Katanya, arahan berkenaan boleh diberikan apabila ada syak wasangka yang munasabah mengenai aktiviti dalam talian sedang dijalankan untuk melakukan jenayah.

"Pendekatan proaktif diperlukan untuk memerangi skala dan kelajuan penjenayah.

"RUU itu mungkin akan diluluskan parlimen sama seperti kebanyakan undang-undang yang dicadangkan di ini," katanya dalam kenyataan.

Tahun lalu, sebanyak 33,669 kes penipuan dan jenayah siber dilaporkan di Singapura iaitu meningkat 25.2 peratus berbanding tahun 2021.

Pihak berkuasa juga menegaskan, lebih 30 suspek pesalah dadah ditangkap dalam operasi polis yang menyasarkan transaksi dijalankan melalui aplikasi sembang sulit, April tahun lalu.

Kementerian itu berkata, RUU yang dicadangkan itu adalah bahagian seterusnya dalam suite perundangan untuk menjadikan ruang dalam talian lebih selamat.

Dua tahun lalu, Singapura meluluskan undang-undang yang menjadi perbalahan bertujuan menghalang campur tangan asing dalam politik negeri.

Empat tahun lalu, Singapura juga meluluskan undang-undang membanteras berita palsu yang memberi kuasa kepada menteri untuk memerintahkan laman media sosial meletakkan amaran di sebelah siaran yang dianggap palsu oleh pihak berkuasa, dan dalam kes serius, ia diturunkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2023 @ 10:05 AM