FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Islamabad: Sekurang-kurangnya 40 orang meninggal dunia selepas sebuah bas terjunam dari jambatan di barat daya Pakistan, sebelum terbakar, menurut pegawai kerajaan pada Ahad.

"Mayat... langsung tidak dapat dikenal pasti," kata Hamza Anjum, pegawai di daerah Lasbela, wilayah Balochistan, di lokasi kejadian.

Anjum berkata, tiga individu terselamat.

Beliau berkata, ketika kejadian, bas itu membawa 48 penumpang apabila ia melanggar sebuah tiang dan terbabas.

Berdasarkan angka Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih daripada 27,000 orang terbunuh di jalan di Pakistan pada 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 January 2023 @ 3:04 PM