VIDEO tular memaparkan aksi pasangan berkenaan.
VIDEO tular memaparkan aksi pasangan berkenaan.
Agensi

New Delhi: Tular di laman sosial aksi mesra keterlaluan pasangan kekasih di Andhra Pradesh , India yang berpelukan ketika menaiki motosikal.

India Times melaporkan, pasangan itu melakukan aksi berkenaan ketika motosikal sedang bergerak seperti tidak takut untuk mempertaruhkan nyawa mereka.

Video itu dirakam di Jalan Loji Keluli Visakhapatnam.

Seperti yang kelihatan dalam video, wanita itu duduk di atas tangki minyak motosikal.

Sementara pemuda dalam video berada di tempat duduk penunggang motosikal, dengan teman wanitanya memeluknya dari hadapan.

Lelaki itu juga kelihatan tidak memakai topi keledar.

Penduduk juga terkejut melihat kemesraan dua anak muda yang memakai uniform kolej itu.

Berikutan video yang tular, pasangan itu ditahan untuk siasatan.

Pemeriksaan lanjut mendapati pemuda dalam video itu dikenali sebagai Ajay Kumar dan berusia 22 tahun.

Pasangannya iaitu wanita dipeluk bernama K Shailaja,19, yang dikenal pasti sebagai penduduk Chodavaram.

Susulan kejadian, kedua-duanya didakwa memandu secara cuai dan polis menyita kenderaan itu .

Dalam pada itu, pihak berkuasa sudah menghubungi Ibu bapa pasangan itu dan diberi nasihat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2023 @ 8:47 AM