SEORANG lelaki yang cuba melampiaskan nafsu dengan motosikalnya dirakam warganet.
SEORANG lelaki yang cuba melampiaskan nafsu dengan motosikalnya dirakam warganet.
Agensi

BANGKOK: Seorang lelaki di Thailand dirakam sedang melampiaskan nafsu dengan sebuah motosikal.

Ia menyebabkan nenek lelaki itu meminta maaf atas kelakuan cucunya itu.

Video yang disebar pada 12 Jun dan tular di media sosial itu memaparkan lelaki itu duduk atas kerusi dalam keadaan separuh bogel yang pada awalnya disangka cuba mencuri motosikal.

Bagaimanapun, aksi tidak senonoh lelaki itu menunjukkan dia mahu melampiaskan nafsu dengan motosikal.

"Saya melihat daripada cermin motosikal aksi lelaki itu dalam keadaan pelik di kerusi," kata seorang warganet.

Perakam video itu berkata, aksi tangan lelaki itu yang bergerak-gerak menyebabkan dia salah faham dan menganggap mahu mencuri motosikal.

"Namun ketika saya kembali fokus, nampak jelas dia cuba melampiaskan nafsu dengan motosikal pada waktu siang," katanya.

Media tempatan menjejaki rumah lelaki itu dan menemu bual nenek kepada lelaki itu.

Wanita itu kemudian memohon maaf atas perilaku kurang sopan cucunya.

"Saya ingin meminta maaf kepada setiap orang atas perbuatan yang dilakukan oleh cucu saya," kata nenek berkenaan dengan perasaan malu.

Lelaki itu enggan keluar daripada biliknya untuk ditemubual media.

Polis Thailand dikatakan belum mengambil sebarang tindakan atas kelakuan lelaki itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2020 @ 7:45 AM