Suspek yang menembak pusat jagaan kanak-kanak dikenali sebagai Panya Khamrab. - FOTO AFP
Suspek yang menembak pusat jagaan kanak-kanak dikenali sebagai Panya Khamrab. - FOTO AFP
Agensi

Bangkok: Kejadian tembakan beramai-ramai di pusat jagaan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang, termasuk 22 kanak-kanak, adalah kejadian yang mengejutkan, kata Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha.

Beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Di laman Facebooknya, Prayuth mengarahkan semua agensi merawat mangsa yang cedera dengan segera.

Berdasarkan laporan media tempatan, individu yang melepaskan tembakan adalah bekas polis yang ditamatkan perkhidmatan tahun lalu.

Dia dikatakan turut bersenjatakan senapang dan pisau dalam serangan itu sebelum melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki kenderaan.

Dia kemudiannya membunuh dirinya dan keluarganya.

Kolonel polis Jakkapat Vijitraithaya, dari wilayah di mana serangan itu berlaku, mengenal pasti lelaki bersenjata itu sebagai Panya Khamrab, seorang leftenan kolonel polis yang menurutnya telah dipecat daripada pasukan tahun lalu kerana menggunakan dadah.

Sekurangn-kurangnya 23 kanak-kanak terkorban dengan usia mereka antara dua dan tiga tahun.

Selain itu, petugas taska dan anggota polis turut terkorban.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2022 @ 5:27 PM