GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
BERNAMA

Seoul: Korea Utara melepaskan peluru berpandu balistik jarak dekat ke perairan timur negara itu, lapor Xinhua memetik Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) pada Ahad.

JCS dalam kenyataannya berkata, pihaknya mengesan pelancaran peluru berpandu itu dari sekitar Taechon, wilayah Pyongan Utara, pada 6.53 pagi waktu tempatan.

Bagaimanapun JCS tidak memberikan butiran lanjut berhubung perkara itu.

Korea Selatan dalam keadaan bersiap siaga dengan kerjasama erat bersama Amerika Syarikat (AS) sambil mengukuhkan pengawasan dan kewaspadaan, menurut JCS.

Pelancaran peluru berpandu Korea Utara itu dilakukan dua hari selepas kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear AS tiba di Busan, kira-kira 390 kilometer dari tenggara ibu kota Seoul, untuk latihan ketenteraan bersama tentera laut Korea Selatan akhir bulan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 September 2022 @ 10:32 AM