TAUFAN Muifa
TAUFAN Muifa
Reuters

Beijing: Taufan Muifa dikategorikan kepada ribut tropika yang kuat oleh peramal cuaca China pada Khamis, tetapi ia akan membawa hujan lebat dan banjir kilat di beberapa wilayah utara.

Taufan ke -12 tahun ini, disifatkan media tempatan sebagai yang paling kuat dalam tempoh 10 tahun lalu.

Ia menyebabkan pembatalan penerbangan di beberapa lapangan terbang, perancangan kecemasan City Metro dan menjejaskan aktiviti pelabuhan dengan sedikit kerosakan dilaporkan.

Walau bagaimanapun, beberapa gambar di platform media sosial Weibo menunjukkan kesan sehingga pokok yang berakar pendek tercabut.

Bergerak dengan kelajuan 20-30 kilometer sejam di arah utara-barat, Muifa kini dijangka menghala di sepanjang pantai timur wilayah Jiangsu dan Semenanjung Shandong, kata Pentadbiran Meteorologi China .

Hujan lebat akan melanda Jiangsu, kawasan pusat dan timur Shandong, Liaoning, dan wilayah Jilin tenggara, kata pengkaji.

Hujan maksimum antara 30 hingga 60 milimeter (mm) di beberapa kawasan manakala ada lokasi lain mencatatkan sehingga 70 mm.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran banjir kilat dan tanah runtuh di beberapa wilayah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 September 2022 @ 11:36 AM