SAUDARA kepada mangsa yang terbunuh dalam insiden berkenaan. FOTO Reuters
SAUDARA kepada mangsa yang terbunuh dalam insiden berkenaan. FOTO Reuters
BERNAMA

Ramallah: Tentera Israel menembak mati seorang wanita Palestin, pada Rabu, lapor Agensi Anadolu yang memetik Kementerian Kesihatan.

Menurut kementerian itu, wanita terbabit dikenali sebagai Ghufran Harun Warasneh, ditembak di dadanya dekat kem Al-Aroub, di utara Hebron.

Foto dan video yang tersebar di media sosial menunjukkan mangsa terbaring di tanah selepas terkena tembakan.

Bulan Sabit Merah Palestin berkata, tentera zionis menghalang pasukan perubatan untuk memasuki lokasi kejadian, selama kira-kira 20 minit.

Sumber perubatan di Hospital Al-Ahly berkata, ketika wanita terbabit dimasukkan ke hospital, dia berada dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia.

Dalam pada itu, tentera zionis mendakwa, seorang perempuan disyaki cuba melakukan serangan.

Menurut kenyataan tentera rejim itu, seorang perempuan dengan pisau cuba untuk menghala ke arah askar.

Tiada kecederaan membabitkan tentera Israel, dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2022 @ 3:33 PM