IKAN tuna berkenaan. FOTO Reuters
IKAN tuna berkenaan. FOTO Reuters
AFP

Tokyo: Pembeli ikan tuna bernilai AS$145,000 (kira-kira RM609,632) pada lelongan Tahun Baharu berharap pembelian itu akan membawa sinar pada 2022, ketika dunia masih dilanda Covid-19.

Harga tertinggi yang dibayar untuk seekor tuna pada lelongan pertama tahun ini di pasar ikan Toyosu, Tokyo, menurun bagi tahun ketiga berturut-turut, lapor AFP.

Sejumlah 16.88 juta yen (kira-kira RM610,000) yang dibelanjakan secara bersama oleh pengusaha restoran dan pemborong untuk tuna sirip biru besar.

Ia jauh di bawah rekod 2019 iaitu sebanyak 333.6 juta yen (RM 12.11 juta).

Lelongan tuna pertama di pasar Toyosu adalah tradisi yang diperhatikan dengan teliti yang menarik pemborong ikan setiap tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 January 2022 @ 6:40 AM