RUMAH keluarga lelaki itu. FOTO Agensi
RUMAH keluarga lelaki itu. FOTO Agensi
Agensi

Jakarta: Seorang lelaki dari Bantul, Yogyakarta, Indonesia tergamak menjual hampir semua perabot dan peralatan rumah keluarganya untuk berfoya-foya.

Portal Kompas melaporkan lelaki berusia 25 tahun itu bagaimanapun ditahan selepas ibunya sendiri membuat laporan polis.

Suspek dilaporkan menjual hampir seluruh perabot, mulai dari pintu hingga almari dan juga bumbung rumah keluarganya.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Cawangan Polis Pundong, Heru Pracoyo berkata, hasil soal siasat, suspek mengaku menjual perabot dan peralatan rumah untuk berjoli.

"Harganya tidak sepadan tetapi suspek nekad menjualnya demi mendapatkan wang.

"Wang itu digunakan untuk foya-foya bersama teman wanitanya," katanya.

Sementara itu, ibu suspek, Paliyem berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Pundong kerana berang dengan tindakan anaknya.

Menurut Heru, anggota polis bertugas ada memintanya berfikir tanpa mengikut emosi sebelum membuat laporan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 November 2021 @ 7:00 AM