FOTO HIASAN AFP
FOTO HIASAN AFP
BERNAMA

Sydney: Biro Meteorologi Australia pada Selasa mengeluarkan amaran fenomena La Nina di pasifik dan ribut dijangka melanda di kebanyakan kawasan di timur Australia, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut biro cuaca itu situasi tersebut kemungkinan akan berlangsung sehingga awal musim luruh pada Mac.

Sebahagian New South Wales (NSW), Queensland dan Victoria telah pun mengalami hujan lebat serta banjir dan curahan hujan pada Oktober adalah lapan peratus melebihi paras normal.

Kejadian taufan tropika pertama Siklon Paddy direkodkan berlaku pada pagi Selasa di luar pantai Pulau Krismas.

Penduduk di seluruh Queensland dan NSW juga dinasihatkan untuk bersiap sedia menghadapi hujan lebat dan ribut sepanjang musim panas.

Fenomena La NiƱa kali terakhir melanda Australia adalah antara musim panas 2010 dan 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 November 2021 @ 5:38 PM