Lisa anggota kumpulan Blackpink. - FOTO Agensi
Lisa anggota kumpulan Blackpink. - FOTO Agensi
BERNAMA

Bangkok: Pejabat pendidikan wilayah Buri Ram Thailand menyampaikan plak penghormatan kepada Lalisa "Lisa" Manoban daripada kumpulan K-pop Blackpink kerana menyumbang kepada pendidikan dan menjadi model yang baik kepada golongan muda berikutan laporan bahawa dia menyokong penubuhan pusat pembelajaran K-Pop di Buri Ram.

Menurut Agensi Berita Thailand (TNA), ibu kepada penyanyi kelahiran Thailand itu, Chitthip Bruschweiler menerima plak itu bagi pihak anak perempuannya.

Samanakan Boonruang, ketua pendidikan Buri Ram berkata, Lisa adalah anak kelahiran Buri Ram yang terkenal di dunia dan tidak pernah melupakan wilayah asalnya.

Dia menyumbang kepada pendidikan pelajar Thai dan mengusahakan sokongan daripada Yayasan Korea untuk Pertukaran Budaya Antarabangsa bagi menubuhkan pusat pembelajaran di Sekolah Nonsuwanpittayakhom di mana pengajar tarian K-Pop ditugaskan untuk melatih pelajar tarian K-pop, katanya.

Pejabat pendidikan Buri Ram bersedia untuk menyokong projek Lisa untuk golongan muda untuk merealisasikan impian mereka, kata Samanakarn.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 November 2021 @ 5:53 PM