WANITA memakai burka membeli-belah di sebuah pasar di Kabul. FOTO AFP
WANITA memakai burka membeli-belah di sebuah pasar di Kabul. FOTO AFP
AFP

Kabul: Bank Pusat Afghanistan berkata, Taliban merampas lebih AS$12 juta (kira-kira RM49.9 juta) wang tunai dan emas daripada rumah bekas pegawai kerajaan pada Rabu dengan menggesa semua transaksi dibuat dalam tukaran mata wang tempatan.

Kebanyakan kakitangan kerajaan masih belum mula bekerja dan dalam beberapa kes gaji masih tidak dibayar selama berbulan.

Walaupun wang di bank terhad namun cawangan bank masih membenarkan pengeluaran hanya AS$200 (kira-kira RM831) seminggu dengan pelanggan terpaksa beratur untuk tempoh lama.

Orang ramai juga menunggu kiriman wang di pusat kiriman wang antarabangsa seperti Western Union dan MoneyGram, selain ada yang mengadu kehabisan wang di cawangan yang dikunjungi.

"Semua warga Afghanistan di dalam kerajaan dan bukan kerajaan diminta untuk menggunakan mata wang tempatan dalam kontrak dan ekonomi," kata Bank Pusat dalam kenyataan.

Bank Pusat itu dalam kenyataan berasingan memaklumkan Taliban sudah menyerahkan AS$12.3 juta (kira-kira RM51.1 juta) dalam bentuk tunai dan emas yang dirampas dari bekas pegawai kerajaan dengan rampasan terbesar di rumah bekas Naib Presiden Amrullah Saleh.

"Wang ini ditemui daripada pegawai berperingkat tinggi dan beberapa agensi keselamatan yang menyimpan wang tunai dan emas di rumah mereka.

"Namun masih belum jelas tujuan mereka menyimpannya." menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 September 2021 @ 10:11 AM