BERNAMA

Washington: Sebuah helikopter Black Hawk terhempas di lebuh raya di negeri Alabama, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu yang mengorbankan dua anggota Pengawal Kebangsaan Tennessee.

Helikopter UH-60 Black Hawk itu terhempas pada 3 petang waktu tempatan semasa menjalani latihan penerbangan berhampiran Lebuhraya 53 dan Burwell Road di Huntsville, menurut Agensi Anadolu.

"Kami sedih atas kehilangan dua Pengawal Kebangsaan Tennessee dan doa kami bersama keluarga mereka...," kata Adjutan Jeneral Tennessee Brigedier Jeneral Warner Ros dalam satu kenyataan.

Siasatan sedang dijalankan. Tiada anggota lain atau orang awam cedera dalam nahas itu.

TANGKAP layar daripada rakaman video Angelica Hart menunjukkan lokasi helikopter Black Hawk terhempas. FOTO AP
TANGKAP layar daripada rakaman video Angelica Hart menunjukkan lokasi helikopter Black Hawk terhempas. FOTO AP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Februari 2023 @ 4:03 PM