FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AP

Los Angeles: California tidak lama lagi bakal menjadi negeri ketujuh yang memastikan orang ramai tidak akan kehilangan pekerjaan, jika menghisap ganja di luar waktu kerja.

Penggubal undang-undang negeri pada Selasa meluluskan rang undang-undang yang akan menghalang syarikat daripada menghukum pekerja yang gagal dalam jenis ujian dadah tertentu untuk seseorang sudah menggunakan ganja dalam beberapa hari sebelum ujian.

Ujian itu yang bergantung pada sampel air kencing atau rambut, mencari bahan yang dihasilkan oleh badan apabila ia memecah sebatian psikoaktif utama dalam ganja.

Tetapi bahan itu yang dipanggil metabolit itu boleh kekal lama di dalam badan seseorang selama berminggu-minggu selepas menggunakan ganja, menurut Klinik Mayo.

Ini bermakna seseorang boleh gagal dalam ujian dadah itu.

Perundangan baharu akan menghalang pekerja daripada dihukum daripada gagal dalam ujian dadah jenis ini.

Syarikat masih boleh menghukum pekerja kerana gagal jenis ujian lain yang menggunakan air liur dan waktu ini lebih baik menentukan sama ada seseorang itu pada masa berkenaan, khayal atau sebaliknya.

Rang undang-undang itu kini sudah dikemukakan kepada Gabenor Gavin Newsom, yang mempunyai masa sehingga akhir September untuk memutuskan sama ada untuk menandatanganinya menjadi undang-undang.

Ia dijangka berkuat kuasa pada 1 Januari 2024.

"Tiada apa-apa dalam rang undang-undang ini akan membenarkan seseorang untuk datang bekerja ketika masih khayal (akibat) ganja," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Bill Quirk, seorang ahli politik Demokrat dari Hayward dan antara penggubal rang undang-undang itu.

California adalah negeri pertama yang membenarkan ganja untuk perubatan pada tahun 1996, dan antara negeri pertama membenarkan ganja untuk rekreasi pada 2016.

Tetapi negeri ini lambat meluluskan undang-undang yang melindungi pekerja yang menggunakan ganja pada masa mereka sendiri di luar waktu kerja.

Enam negeri lain - Nevada, New York, New Jersey, Connecticut, Montana dan Rhode Island - mempunyai undang-undang yang melindungi hak pekerja untuk menggunakan ganja untuk rekreasi, menurut Pertubuhan Kebangsaan untuk Pembaharuan Undang-undang Marijuana.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2022 @ 10:45 AM