FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Washington: Bilangan kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) yang meninggal dunia akibat hepatitis misteri meningkat kepada enam dan 180 kes direkodkan sehingga kini, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat.

Hipotesis utama kekal bahawa adenovirus 41 mempunyai peranan utama namun Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) juga melihat faktor lain seperti kemungkinan jangkitan dengan Covid-19 sebelum ini yang menjadikan kanak-kanak lebih mudah terdedah.

Ratusan kes sama dilaporkan di seluruh dunia dengan jumlah tertinggi adalah 197 di Britain.

Tiada bukti penyakit itu ada kaitan dengan vaksin Covid-19 dengan majoriti kes membabitkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan terlalu muda untuk menerima suntikan.

Seorang lagi saintis CDC, Umesh Parashar berkata, agensi itu menganggarkan 1,500 hingga 2,000 kemasukan ke hospital kanak-kanak setiap tahun untuk hepatitis pada kanak-kanak berumur bawah 10 tahun atas sebab selain daripada virus hepatitis A, B dan C di AS.

Katanya, biarpun adenovirus 41 mendorong peningkatan kecil sekitar 100 kemasukan ke hospital dalam tempoh setahun, ia akan menjadi sukar untuk diambil dalam data.

Butler berkata, hasil penjujukan genetik mendapati pelbagai jenis adenovirus 41 dikesan pada kanak-kanak dengan hepatitis, satu penemuan yang menunjukkan ia bukan satu adenovirus super yang sangat bermutasi.

Teori lain termasuk bahawa negara mungkin mengalami kes kluster kerana sekatan pergerakan Covid-19 menghentikan penyebaran selama beberapa tahun, atau kekurangan pendedahan kepada patogen semasa penutupan mungkin menjadikan sistem imun kanak-kanak lebih mudah terdedah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2022 @ 9:36 AM