Gambar fail, Antony Blinken. FOTO AFP.
Gambar fail, Antony Blinken. FOTO AFP.
Agensi

Washington: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken disahkan positif Covid-19 pada Rabu.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata, Blinken disahkan positif wabak itu menerusi ujian saringan PCR.

"Beliau hanya mengalami gejala ringan dan akan menjalani kuarantin di rumah serta meneruskan tugas secara virtual," katanya dalam kenyataan.

Menurut Price lagi, Blinken yang sudah lengkap vaksinasi dan menerima dos penggalak juga tidak bertemu secara langsung Presiden Joe Biden sejak beberapa hari.

Blinken sepatutnya dijadual menyampaikan ucapan mengenai strategi AS terhadap China di Universiti George Washington pada Khamis, namun kini tidak jelas sama ada acara itu ditunda atau terdapat perubahan lain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2022 @ 9:30 AM