GAMBAR hiasan. FOTO AFP
GAMBAR hiasan. FOTO AFP
Agensi

Buenos Aires: Dua bayi baru lahir di Brazil diberikan suntikan vaksin Covid-19 secara tidak sengaja dan terpaksa dimasukkan ke hospital, lapor media Brazil.

Bayi perempuan berusia dua bulan dan bayi lelaki empat bulan masing-masing disuntik vaksin Pfizer, berbanding vaksin kombinasi untuk imunisasi melawan difteria, tetanus, pertusis dan hepatitis B.

Menurut Sputnik yang memetik media tempatan, Uol pada Ahad, kedua-dua bayi mengalami alahan teruk selepas vaksin berkenaan.

Jururawat yang menguruskan pemberian vaksin itu digantung kerja sementara siasatan dalaman dibuat.

Vaksin Pfizer diluluskan untuk pemberian ke atas kanak-kanak seawal usia lima tahun di beberapa negara.

Pihak berkuasa kesihatan Brazil, Anvisa meluluskan vaksin itu untuk kanak-kanak atas 12 tahun pada Jun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Disember 2021 @ 6:45 AM