BERNAMA

Tripoli: Angka kematian akibat banjir dahsyat yang melanda timur Libya meningkat kepada 5,500 orang, manakala 7,000 lagi cedera, Xinhua memetik seorang pegawai tempatan sebagai berkata pada Rabu.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan yang berpangkalan di Tripoli, Osama Ali berkata, jumlah sebenar belum dapat ditentukan kerana masih ada lagi mayat ditemukan dari kawasan terjejas.

Beliau berkata, kira-kira 10,000 orang dilaporkan hilang, manakala 30,000 lagi hilang tempat tinggal akibat banjir.

Kawasan terjejas banjir kini berdepan kekurangan bekalan asas yang teruk, tambahnya.

Pada Ahad, ribut Mediterranean mendarat di timur Libya, mencetuskan banjir dan menyebabkan kerosakan besar kepada infrastruktur di sepanjang laluannya.

ORANG ramai berjalan di kawasan yang terjejas susulan banjir besar di Derna, Libya. FOTO Reuters
ORANG ramai berjalan di kawasan yang terjejas susulan banjir besar di Derna, Libya. FOTO Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2023 @ 1:28 PM