PAUL Iga. FOTO Agensi
PAUL Iga. FOTO Agensi
Agensi

Uganda: Paul Iga, 2 tahun, sedang bermain di luar rumahnya yang terletak berdekatan dengan Tasik Edward di sini, apabila seekor badak air menyerangnya.

Dalam kejadian mengerikan itu, badak itu 'menangkap' kanak-kanak itu dengan rahangnya sebelum mula menelannya.

Seorang penduduk tempatan, Chrispas Bagonza, ternampak kejadian itu dan membaling batu ke arah haiwan itu untuk menakutkannya.

Perbuatan itu berjaya mengejutkan badak air itu yang meluahkan kembali kanak-kanak malang itu sebelum berenang kembali ke dalam tasik.

Kanak-kanak berusia dua tahun itu dibawa untuk rawatan ke klinik berhampiran sebelum dipindahkan ke hospital di Bwera, di mana dia menerima suntikan rabies daripada kakitangan perubatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Doktor haiwan di Zimbabwe, Dr Michael Kock berkata badak air boleh menjadi haiwan yang berbahaya dan mampu 'mengunyah' separuh badan orang.

Badak atau Hippopotamus ini biasanya mendiami Afrika Sub-sahara, boleh membesar hingga 1.5 meter panjang dan berat purata 1,500kg.

Mereka dianggap sangat agresif dan membunuh beberapa orang setiap tahun di Afrika

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2022 @ 12:28 PM