PASUKAN forensik di depan asrama yang terbakar di sekolah berkenan. FOTO AFP
PASUKAN forensik di depan asrama yang terbakar di sekolah berkenan. FOTO AFP
AFP

Kampala: Sebelas murid di sebuah sekolah untuk orang buta di Uganda, meninggal dunia selepas kebakaran melanda sebuah asrama ketika mereka sedang nyenyak tidur, awal pagi semalam.

Kanak-kanak itu terperangkap di dalam bangunan dan tidak dapat melarikan diri kerana tingkap bangunan itu dibuat untuk kalis pencuri, seorang menteri kerajaan memberitahu AFP.

Bencana itu berlaku kira-kira 1 pagi (waktu tempatan) di Sekolah Orang Buta Salama di daerah Mukono, timur ibu negara, Kampala.

"Semua mangsa terbakar sehingga tidak dapat dikenali dan kami akan melakukan ujian deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti identiti mereka," kata ketua keselamatan daerah Mukono dan wakil presiden, Fatuma Ndibasa kepada AFP.

Dia berkata, asrama yang terbakar itu menempatkan 21 kanak-kanak perempuan.

"Tetapi tiga daripada mereka berjaya melarikan diri, 11 maut dan enam parah, seorang lagi mangsa perempuan cedera," katanya.

Terdahulu, seorang bapa yang bersedih memberitahu AFP dia kehilangan anak lelakinya dalam kebakaran itu.

Guru besar sekolah Francis Kirube, yang juga buta berkata, beberapa murid lelaki kurang bernasib baik di sekolah itu tidur di dalam bilik bersebelahan asrama, jadi pihak berkuasa masih berusaha untuk menentukan identiti mereka yang meninggal dunia.

"Malangnya kami menemui mereka berdekatan tingkap asrama tempat mereka tidur, tingkap adalah jenis kalis pencuri.

"Jadi murid-murid tidak dapat melarikan diri dari kebakaran dan terbakar," kata menteri bagi orang kurang upaya, Hellen Grace Asamo kepada AFP.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2022 @ 9:52 AM