SINGA. FOTO HIASAN
SINGA. FOTO HIASAN
AFP

Accra: Seekor singa jantan membunuh seorang lelaki yang memanjat pagar dan memasuki kurungan haiwan itu, kata pihak berkuasa hidupan liar Ghana dalam satu kenyataan.

Lelaki itu diserang oleh singa berkenaan selepas dia melompat melepasi pagar keselamatan di zoo di ibu negara, Accra, kata Suruhanjaya Perhutanan, agensi yang bertanggungjawab terhadap hidupan liar di Ghana.

"Penceroboh diserang dan dicederakan oleh salah seekor singa, di dalam kurungan," kata kenyataan itu yang menambah bahawa lelaki itu mati disebabkan kecederaannya.

Singa berkenaan, seekor singa betina dan dua anak singa masih selamat berada di dalam kurungan di Zoo Accra, tambah kenyataan itu.

Jurucakap polis memberitahu AFP: "Kami menyiasat kes di mana seorang lelaki memasuki kawasan larangan.".

Zoo Accra ditubuhkan sebagai zoo peribadi pada pada awal 1960-an oleh Presiden Ghana pertama, Kwame Nkrumah.

Ia kemudian dibuka kepada awam selepas presiden itu digulingkan pada 1966.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Ogos 2022 @ 8:15 AM