GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

Palembang: Hanya mahu mendapatkan wang bagi membeli telefon bimbit, seorang remaja berusia 17 tahun di Sumatera Selatan sanggup menjual diri dengan menggunakan khidmat bapa ayam.

Tribune News melaporkan hasrat gadis itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila bapa ayamnya ditahan oleh anggota polis di sebuah hotel.

Tangkapan dibuat hasil kecekapan anggota polis terbabit yang menyamar sebagai pelanggan selepas membuat tempahan menerusi media sosial.

Transaksi bayaran dibuat turut dijadikan bukti untuk menangkap suspek lelaki yang berusia 21 tahun itu.

"Suspek ditahan di sebuah hotel pada Rabu lalu (7 Oktober)," kata Ketua Pegawai Penyiasat Nuryono dalam satu kenyataan, kelmarin.

Menurut Nuryono, siasatan dijalankan mendapati suspek dan gadis berkenaan masing-masing berasal dari kawasan perumahan sama di Kertapati.

"Berdasarkan keterangannya, suspek mengaku mengenakan bayaran pada kadar 500,000 rupiah (RM141) kepada lelaki yang mahu meniduri gadis bawah umur itu.

"Wang diterima itu akan dibahagikan mereka mengikut persetujuan bersama," katanya.

Menurut Nuryono, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kegiatan itu didalangi sindiket tertentu atau sebaliknya.

"Jika sabit kesalahan, suspek boleh berdepan hukuman lebih lima tahun penjara," katanya.

Sementara itu, suspek memberitahu polis dia tidak pernah memaksa gadis itu menjadi pelacur.

"Dia yang datang kepada saya dan rela melakukan (menawarkan khidmat seks) kerana mahu membeli telefon bimbit," katanya.

"Setiap pelanggan dikenakan bayaran 550,000 rupiah (RM155) dan wang itu akan dibahagikan kepada dua.

"Saya RM42.30), manakala dia (mendapat) 400,000 rupiah (kira-kira RM113)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2020 @ 7:30 AM