TESLA Model 3. FOTO Tesla
TESLA Model 3. FOTO Tesla
Agensi

Berlin: Akibat kesilapan teknikal, seorang lelaki di Jerman secara tidak sengaja 'terbeli' 28 kereta Tesla dengan nilai 1,404,000 euro (kira-kira RM6.78 juta).

Berdasarkan Inquirer.net, kejadian itu pada 17 Jun lalu itu dikongsi anak lelaki terbabit di satu forum dalam talian.

Ketika melakukan tempahan, lelaki itu turut membayar wang pendahuluan berjumlah 2,800 euro (kira-kira RM13,512)

Lelaki terbabit bercadang untuk membeli kenderaan elektrik memandangkan kerajaan Jerman memberi insentif tunai jika rakyatnya membeli kenderaan jenis itu.

Insentif tunai itu kemudiannya digandakan kerajaan negara berkenaan ketika pandemik Covid-19.

Selepas melakukan kajian, dia membuat keputusan untuk membeli Tesla Model 3, yang dikatakan model Tesla paling mampu milik.

Lelaki itu kemudian membuat tempahan di laman web tetapi berlaku kesilapan teknikal sehingga tempahannya diluluskan untuk 28 kali.

Difahamkan, syarikat itu mempunyai polisi untuk tidak memulangkan semula wang pendahuluan untuk setiap tempahan walaupun sudah dibatalkan.

Bagaimanapun, dalam kes ini, ia memulangkan semula semua wang pendahuluan 2,700 euro (kira-kira RM13,000) atau 100 euro (kira-kira RM482) bagi setiap unit kenderaan.

Berdasarkan laman web Tesla, Model 3 ditawarkan pada harga serendah AS$35,000 atau kira-kira RM149,000.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2020 @ 5:03 PM